Tuesday 21 March 2017

Harta Dunia Akhirat ♥

Assalammualaikum wbt


Lama gila dah tak update blog since my last post 30 Oktober 2013. Lama tu! Masa tu masih single dan bujang trangtangtang lagi :p sekarang dan kawen dan dah jadi mak orang dah pun. Alhamdulillah. Ehem... nak cerita pasal kawen (walaupun dah dekat 2 taun, nak jugakkk noks) dengan my baby girl yang dah nak masuk 8 bulan dah pun. 




Gambar pre wed kami


Majlis Berinai

Tarikh : 19 Disember 2014 (Jumaat)




Majlis berinai ni diadakan pada sebelah malam. Malam sebelum nikah esok hari. Alkisahnya pagi Jumaat ni aku masih lagi jalan ke pasar walaupun dah dilarang oleh makbapak aku. Degil tak? Semata-mata nak ambik bunga fresh untuk jadi #handbouquet. Aku wat #handbouquet aku sendiri keh. Gigih sangat kan. 


Akad Nikah

Tarikh : 20 Disember 2014 (Sabtu)





#handbouquet yang aku buat sendiri. Puas hati :)


Majlis Sanding

Tarikh : 21 Disember 2014 (Ahad)


#handbouquet aku buat sendiri. Puas ati :)









Actually ada lagi satu majlis sanding sebelah husband. Tapi gambar nya aku tak save lam pendrive la pulak. Dah save nanti aku update lagi.

Doakan semoga ikatan ini berkekalan hingga anak cucu dan juga akhirat.


p/s : pasal my baby girl aku share next posting keh! 





Thursday 31 October 2013

Cinta hakiki

Assalammualaikum wbt


Pernah tak korang rasa down sangat2? Itu yang aku alami sekarang. Masa ni baru nak ingat Allah. Kita selalu lupa Allah itu ada. Selalu macam tu kan? Bila ada masalah baru nak mengadu kat Allah. Masa tu baru nak menyesali dosa. Nangis teresak2. Tapi Allah itu baik... dia bagi kita peluang. Jahat macamana pun kita, dia tetap akan maafkan kita. Allah bagi masalah dengan kita supaya kita ingat dia dan selalu berdoa denganNya. Allah... cinta Hakiki.

Ya Allah...
Maafkan aku kerna selalu leka...
Ya Allah...
Ampuni dosa-dosaku... :(
Ya Allah...
Maafkan aku jika aku selalu melupakanMu...
Ya Allah...
Sedarkan aku dari dunia yang hanya sementara ini...
Ya Allah...
Sesungguhnya engkaulah Cinta Abadiku...
Cinta Hakikiku...
Hati ini hanya milik Engkau...





Wednesday 30 October 2013

Resepi : Spaghetti Bolognese

Assalammualaikum wbt


Masak? Yes. Aku suka. Sebab aku suka makan. Alhamdulillah badan aku jenis cepat naik cepat turun. Heeeee. Macam puji diri sendiri je kan. Nak muntah, silakan ;p. Ok. Masa Hari Raya Aidiladha hari tu aku masak Spaghetti Bolognese untuk family aku. 1st time ok masak Spaghetti Bolognese untuk orang makan banyak. Sebelum ni aku tinggal sorang just masak sukatikaulah nak taruk apa dalam kuali kannn. Tapi ni masak untuk family mestilah proper sikit dengan persembahan ala-ala chef selebriti kunun. Huh? Melalut je kan... Ok, ni resepi yang aku guna untuk buat Spaghetti Bolognese ni. Sama juga macam korang, mula-mula carik di internet dan adalah aku ubah sikit ikut cita rasa sendiri kan. ;)


 Bahan-Bahan 


❤ Spaghetti


❤ Butter cup (250gm) - Pakai 1/4 je

❤ 3 Ulas bawang merah 


❤ 2 Ulas bawang putih


❤ 1/2 ulas bawang besar


❤ 3 Sachets Vono Mushroom Cheese Instant Soup


❤ 3 biji tomato - Dipotong dadu


❤ 6 batang sosej (Ayamas) - Dipotong dadu


❤ 1 tube daging kisar (Ayamas)


❤ Tomato Puree


❤ Sos tomato


❤ Sos tiram - 1 sudu


❤ Serbuk Oregano - 1 sudu



Cara - Cara

Spaghetti :

1. Masak air dalam periuk.


2. Masukkan sedikit minyak masak dan garam.


3. Celur spaghetti dalam air yang dah mendidih. Biarkan beberapa minit sehingga spaghetti betul-betul masak.




Kuah Spaghetti :

1. Panaskan buttercup dalam kuali. Biarkan sampai kekuningan.


2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong. Biarkan sehingga kekuningan.


3. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.


4. Masukkan daging cincang & sosej. Biarkan sehingga masak.


5. Masukkan tomato puree, sos tomato & sos tiram.


6. Kemudian masukkan 3 Sachets Vono Mushroom Cheese Instant Soup. Sebelum masukkan, letakkan serbuk sup di dalam air suam terlebih dahulu di dalam mangku/cawan. Kacau sehingga rata. Baru masukkan ke dalam kuali.


7. Lastly, masukkan garam, ajinomoto dan serbuk oregano sebagai perasa.


8. Biarkan sehingga masak dan siap!




Tadaaa! Spaghetti Bolognese Cik Aira ;)


Selamat mencuba!

P/S : Sambil memasak, jangan lupa berzikir dan berselawat. In Sha Allah semoga apa yang kita masak untuk orang lain mendapat keredhaan Allah. ^^







Syukran Jazilan kerana sudi membaca nukilan yang tak seberapa.












Bila sekeping hati berbicara...


Assalammualaikum wbt





Bukan pertama kali berada di dunia blog. Cuma, kali ini muncul dengan lebih matang dan lebih kepada kehidupan diri, beauty tips, resepi, dan yang sewaktu dengannya. hehe ;) Penulisan ini tiada kena-mengena antara yang hidup atau yang tiada di dunia, sekadar sekeping hati yang berbicara soal kehidupan dirinya sendiri... Itu adalah aku. 



Syukran Jazilan kerana sudi membaca nukilan yang tak seberapa.