Wednesday, 30 October 2013

Resepi : Spaghetti Bolognese

Assalammualaikum wbt


Masak? Yes. Aku suka. Sebab aku suka makan. Alhamdulillah badan aku jenis cepat naik cepat turun. Heeeee. Macam puji diri sendiri je kan. Nak muntah, silakan ;p. Ok. Masa Hari Raya Aidiladha hari tu aku masak Spaghetti Bolognese untuk family aku. 1st time ok masak Spaghetti Bolognese untuk orang makan banyak. Sebelum ni aku tinggal sorang just masak sukatikaulah nak taruk apa dalam kuali kannn. Tapi ni masak untuk family mestilah proper sikit dengan persembahan ala-ala chef selebriti kunun. Huh? Melalut je kan... Ok, ni resepi yang aku guna untuk buat Spaghetti Bolognese ni. Sama juga macam korang, mula-mula carik di internet dan adalah aku ubah sikit ikut cita rasa sendiri kan. ;)


 Bahan-Bahan 


❤ Spaghetti


❤ Butter cup (250gm) - Pakai 1/4 je

❤ 3 Ulas bawang merah 


❤ 2 Ulas bawang putih


❤ 1/2 ulas bawang besar


❤ 3 Sachets Vono Mushroom Cheese Instant Soup


❤ 3 biji tomato - Dipotong dadu


❤ 6 batang sosej (Ayamas) - Dipotong dadu


❤ 1 tube daging kisar (Ayamas)


❤ Tomato Puree


❤ Sos tomato


❤ Sos tiram - 1 sudu


❤ Serbuk Oregano - 1 sudu



Cara - Cara

Spaghetti :

1. Masak air dalam periuk.


2. Masukkan sedikit minyak masak dan garam.


3. Celur spaghetti dalam air yang dah mendidih. Biarkan beberapa minit sehingga spaghetti betul-betul masak.




Kuah Spaghetti :

1. Panaskan buttercup dalam kuali. Biarkan sampai kekuningan.


2. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan bawang besar yang telah dipotong. Biarkan sehingga kekuningan.


3. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu.


4. Masukkan daging cincang & sosej. Biarkan sehingga masak.


5. Masukkan tomato puree, sos tomato & sos tiram.


6. Kemudian masukkan 3 Sachets Vono Mushroom Cheese Instant Soup. Sebelum masukkan, letakkan serbuk sup di dalam air suam terlebih dahulu di dalam mangku/cawan. Kacau sehingga rata. Baru masukkan ke dalam kuali.


7. Lastly, masukkan garam, ajinomoto dan serbuk oregano sebagai perasa.


8. Biarkan sehingga masak dan siap!




Tadaaa! Spaghetti Bolognese Cik Aira ;)


Selamat mencuba!

P/S : Sambil memasak, jangan lupa berzikir dan berselawat. In Sha Allah semoga apa yang kita masak untuk orang lain mendapat keredhaan Allah. ^^







Syukran Jazilan kerana sudi membaca nukilan yang tak seberapa.












No comments:

Post a Comment